Pisang Goreng Panas!!

Rabu, 15 Ogos 2012

We Have To Learn

Kali ni Nua nak kongsi satu lagi idea tentang realiti kehidupan kita sebagai manusia di mana kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah umpama roda yg berpusing.
Pernah kah kita cuba utk mengkaji tentang sifat dan perangai kita?
Adakah kita cukup tahu tentang diri kita yang sebenar? 
Masih adakah kekurangan dalam diri kita yang perlu dibaiki?
Pernah kita cuba untuk belajar untuk menjadi lebih baik dan lebih sempurna?

Kita perlu belajar bagaimana caranya untuk kita menjadi diri kita yang sebenar malah lebih baik lagi.
Justeru itu, Nua nak kongsi pendapat Nua sendiri tentang apa yg kita perlu belajar mengenai diri kita sendiri sebelum terlewat. :D

Kita perlu belajar menerima kenyataan

- Kita selalu mengeluh kalau dengar sesuatu yg kita tak suka kan? Kenapa perlu mengeluh? Sebenarnya org yang kuat mengeluh ni ialah orang yg mudah putus asa tau. Apa-apa jua yg berlaku dan terjadi pada diri kita ni semuanya ada hikmah disebaliknya. Ingat ni! Mungkin kita akan diuji dgn pelbagai masalah dan dugaan. Tapi ingatlah, suatu hari nanti kita akan dibalas dengan sesuatu yg sangat benilai. Terima sajalah apa yang berlaku kepada diri kita bagi perkara yang tak dapat nak dielak. Tapi, kalau selagi perkara tu boleh dielak, maka kita perlu la mencari jalan untuk selesaikan masalah tu ya. Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya


Kita perlu belajar menghargai seseorang
- Dalam kehidupan kita, memang selalu kita dapat bantuan atau penghargaan dari seseorang kan. Kadang-kadang sesuatu yg dilakukan tu sangat bernilai buat kita. Tapi pernahkah kita menghargai mereka yang telah berjasa kepada kita? Atau kita hanya buat tak kisah je. Kita tak boleh la macam tu, sebab seseorg tu telah bersusah payah untuk membantu kita. Mengorbankan sesuatu semata-mata untuk kita. 

Kita perlu belajar menjaga perasaan seseorang
- Ni lagi satu. Kita hidup berkawan ni mesti kadang-kadang tu ada buat silap kat kawan kita kan. Kita tak tahu kalau kawan kita tu ada terasa hati dengan kita sebab dia tak bagitau secara langsung kepada kita sebaliknya, diorang akan menunjukkan sikap yg lain daripada biasa. Contohnya, kawan kita yang terasa hati dengan kita tu mungkin akan kurang berbual dengan kita, mungkin dia akan meluahkan kepada orang lain tentang apa yang dia rasa terhadap kita. Jadi, kita mesti berhati-hati lebih-lebih lagi dari segi percakapan di mana kita kena la kawal perasaan kita. Jangan nak main cakap ikut sedap hati je kan. :D

Kita perlu belajar selesaikan masalah sendiri
- Kita ada masalah. Mesti nak kena cari kawan untuk selesaikan masalah tu kan. Tanpa kawan susah la. Cuba kita berfikir sejenak, kalau lah suatu hari nanti kita hidup bersendirian, tanpa orang di sekeliling kita, masalah datang bertubi-tubi dan masa ni kawan kita sedang sibuk uruskan hal masing-masing, jadi siapa yang perlu kita minta tolong kalau bukan diri kita sendiri. Jadi, kita kenalah pandai untuk cari jalan yang terbaik nak selesaikan masalah kita tu. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan. Seluruh kehidupan adalah satu ujian. Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh.  Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Kita perlu belajar melupakan seseorang
- Hidup ini tak sempurna kalau kita tak pernah sukakan seseorang. Nua sendiri pun pernah menyukai seseorg. Nua suka sangat kat dia sehinggakan jatuh ke tahap sayang. Tapi Nua dah berjaya lupakan dia. Sebab, dia memang tak sesuai untuk Nua. Masih ramai lagi Insan di luar sana yg sepadan dan layak untuk dia. Dia terlalu sempurna bagi Nua. Nua sedar diri Nua ni banyak kekurangan. Lama nua duk kaji tentang perangai dan sikap Nua yang sebenar dan bila semuanya Nua dan tahu, Nua ambil keputusan untuk lupakan dia. Ya, dia telah hilang dari hidup Nua. Apa yang penting, kita jangan terlalu mengharapkan seseorang yang langsung tidak menyayangi kita untuk menyayangi kita. Faham?

Kita perlu belajar berdikari
- Tolong jangan susahkan orang lain. Belajarlah untuk berdiri di atas kaki sendiri! Percayalah, dengan penuh keazaman dan hasrat serta semangat yang tinggi ditambah pula dengan kekuatan diri, kita pasti dapat berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada oang lain. Jika pada awalnya anda tidak berjaya, cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Kita perlu belajar tidak menyusahkan orang lain
Kita perlu belajar menyayangi seseorang
Kita perlu belajar menjadi lebih baik
Kita perlu belajar tidak melukakan hati seseorang
Kita perlu belajar meninggalkan kenangan yg tidak perlu
Kita perlu belajar tidak menyakitkan hati orang lain

Maaf! Nua tak dapat nak huraikan yang lain. Sebab masa mencemburui Nua! hak3. Nua harap korg sume faham la ye ape yg Nua nak sampaikan ni ye.
*Kata2 hikmah tu Nua copy je tau. :D 
Assalamualaikum ~ 

Selasa, 14 Ogos 2012

Pesanan untuk kita semua

Hai. Selamat berpuasa! :D
Macam mana dgn dugaan puasa hari ni? Mencabar tak?
Alaa, puasa cuma tinggal beberapa hari je lagi. Mesti ade yg sedih dan ade yg sebaliknya kan?
So, jom lah kita buat ibadat byk2 ye. ^^

Nua teruskan dgn entri kali ni. Kali ni Nua nk sentuh sikit pasal penggu na Facebook dan Twiter.
Korg mesti suka update status / tweet kan?
Dalam mase satu hari brape kali korg update status / tweet? Banyak kan?
Pernah ke korg fikir betul-betul dulu sebelum update status / tweet tu? ke maen update je. Entah ape yg ditulis pun tak tau. Hak3.
Nua nak pesan la sikit kat korg sume yg suka update status ni ye.
Nua dpt ilhan buat entri ni sebab ada kawan kita dah buat entri yg lebih kurang macam ni.
SINI

TAK semua benda kita perlu bagitau kat org lain. :D
update status bukan2.

cth, "saya rindu awak lah."
- bila org tnya rindu kat sape mule la trgedik2 nk sembunyikan spe. adoii.

cth, "jelesnye bila tgk dia berdua bersama."
- Bila org tnye sape, xnk bagitau. Ape kes. Yg gatal pegi update tu sape suruh.

cth, "saya tau saya tak comel *pic*."
- Ni saje nak suruh org puji dia paling comel dlm planet ni. hak3.

cth, "aku tengah sedih giler ni."
- Perlu ke kita bagitau kat org lain yg kita tgh sedih? Org akan cakap, "lantak kau la nak sedih pun, ade aku kesah". hak3.

cth, "klau kau tak puas hati, mari la face-to-face"
- ni status pasal tak puas hati kat seseorg. Kenape kena bgtau sume org yg kita tak puas hati dgn seseorg tu? Kan senang klau bgtau je terus sendiri kt org tuh. personal. hntar je la msg kt inbox diorg. tak payah la nk heboh satu planet kan.

cth, "kau tu dh la buruk, gemok pulak tu."
- Yg ni lg dahsyat, kutuk org dgn care update status. Ape la. Nak kutuk pn agak2 lah.

cth, "kau igt aku takut sgt ke kat kau."
- Wah! yg ni, kat facebook bukan main berani lagi. Tapi kat luar bila jumpa terus lari tak cukup tanah. hak3.

cth, "aku sayang sgt kat dia la."
- Perlu ke kita bgtau kt org laen kita suke kt seseorg tu? Bila org tnya sape mula la glabah xnk bgtau. Ape la.

Nua mengaku pernah update status mcm ni. Nua berjanji tak akan mengulanginya lagi. Ni nasihat je tau. Jgn ade yg terasa pulak. Manusia mudah lupa, so nasihat-menasihati tu perlu. :D

Followers