Pisang Goreng Panas!!

Khamis, 27 Oktober 2011

Curi Password Guna Firefox

anyeong! ^^

korg kongsi pc tak ngn member2 or roomate korg? nak curi password diorg? or lupa password korg sendiri. klau pc personal xboleh la guna cara ni. cara ni berkesan la jugak. senang pulak tu. ok, ni step2 nya.

1. bukak firefox
2. pilih option



3. klik tab security dan klik saved passwords


4. klik pada show passwords





5. pilih yes





6. last, sume password yg korang login pakai firefox akan kluar





jangan guna cara ni sebab nak buat jahat. guna time kecemasan la. sekian.

Selasa, 18 Oktober 2011

Tutorial Photoshop : Gambar Hitam Putih & Bewarna

assalamualaikum. hari ni nak ajar tutor macam mana nak buat gambar yang hitam putih tetapi ada yang bewarna. tak faham? tak pe. mari mulakan tutor ni. nanti korang faham la tu.


ok, first macam biasa, bukakla photoshop tu dulu. tak kan nak bagitau jugak. hehe



Langkah 1 :
mula2, pilih gambar yang sesuai. contoh kat sini saya guna gambar epal ni. senang sikit.





Langkah 2 :
right klik pada gambar dan klik "Duplicate Layer..."


Langkah 3 :
kemudian klik "Image" > "Adjustments" > "Black & White"
apabila kuar kotak tu, klik je ok. tak perlu edit apa2.


Langkah 4 :
gambar korang akan jadi hitam dan putih macam ni. pastikan korang select layer yg black n white. kemudian klik "Eraser Tool" dan pilih saiz yang sesuai. lepas tu, padam di kawasan yang korang nak jadikan bewarna balik. contoh saya buat kat epal yang paling depan tu. 


Langkah 5 :
taadaa! dah siap. gambar korang mesti jadi macam ni tau. klau tak jadi mesti ada buat salah tu. last, boleh la save gambar ni. nak buat wallpaper pn boleh. 


itu sahaja tutorial untuk kali ni. nantikan tutorial yang lain.
ikhlas dari saya.
#share is care. ^^

Isnin, 17 Oktober 2011

Tutorial Photoshop : Buat Glow di Sekeliling Gambar

assalamualaikum. wah. ni tutorial yang ke dua. saya buat tutorial ni sebab kawan saya yang request suruh buat tutor ni. pernah tak korang tengok gamba2 kt internet yg ade garisan yg mengelilingi / yg pusing2 sekeliling badan tu? mesti pernah kn. ha, kali ni kita sendiri pulak yg buat. ok. mari kita mulakan tutorial ni. mula2 bukak dulu photoshop korang tu. ^^


Langkah 1 :
pilih gambar yang sesuai untuk di edit. saya sarankan gambar dari kepala hingga kaki lengkap. baru nampak real lagi bila dah siap nanti.



Langkah 2 : 
kemudian, tambah layer baru.


Langkah 3 :
seterusnya, klik pada "Pen Tool". rujuk gambar di bawah.
kemudin pilih seperti dalam gambar di bawah.


Langkah 4 :
kemudian buat satu titik seperti gambar di bawah dengan menggunakan "Pen Tool" yang telah kita pilih tadi.


Langkah 5 :
kemudian, klik pada bahagian yang ditunjukkan di dalam gambar dan secara automatik ada garis yang akan bersambung dengan titik yang kita buat itu. langkah ini adalah untuk membuat "kerangka" glow itu.


Langkah 6 :
sekali lagi buat satu titik di bawah titik yg dibuat di langkah 5 tadi. kemudian ikut langkah di dalam gambar di bawah.
tarik titik itu ke tepi dan automatik ada garis yg akan keluar seperti dalam gambar.


Langkah 7 :
buat langkah 6 sehingga garis tersebut lengkap menjadi seperti glow. lihat gambar di bawah. kalau tidak berjaya, usaha lagi. usaha tangga kejayaan.


Langkah 8 :
kemudian, pilih "Brush Tool". dan tetapkan saiz yang sesuai bagi glow anda. jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. warna juga boleh ditukar kepada warna kegemaran korang untuk dijadikan warna glow tersebut.


Langkah 9 :
kemudian, klik balik ke "Pen Tool" itu tadi. kemudian right klik mouse dan klik "Stroke Path..."


Langkah 10 :
selepas itu, pilih Brush, tandakan pada "Simulate Pressure" dan klik OK.


langkah 11 :
selepas itu, gamba korang akan menjadi seperti ini.


Langkah 12 :
sekarang kita hilangkan garis yang ada di glow itu dengan cara right klik mouse dan klik "Delete Path"


Langkah 12 :
kemudian, gambar anda akan menjadi seperti ini.


Lnagkah 13 :
selepas itu, right klik pada layer glow tersebut. dan klik ""Blending Options..."


Langkah 14 :
selepas itu edit glow tersebut supaya kelihatan lebih menarik.
gambar di bawah sebagai contoh bagaimana saya edit glow itu. mudah dan ringkas.


Langkah 15 :
ok, sekarang kita akan buat glow tersebut seperti mengelilingi badan kita.
klik "Eraser Tool" dan pilih saiz pemadam yang sesuai seperti gambar di bawah.


Langkah 16 :
selepas itu, padam bahagian glow yang tidak diingini. gunakan cara selang seli.


Langkah 17 :
setelah siap dipadam, inilah hasilnya. glow yang mengelilingi daban kita. nampak macam magic kan. untuk lebih real,
kurangkan "Opasity" dan "Fill" gambar tersebut.


selesailah tutorial saya kali ini. harap2 menjadi la korang buat ye. klau tak jadi, buat lagi. usaha3! ok la, nak pergi study pulak. esok paper kimia,akaun dan bio. selamat mancuba. 
#share is care ^^

Tutorial Photoshop : Buang Background Pada Gambar

salam sejahtera semua. hari ni nak kongsi tutorial pertama dari saya. hari ni kita blaja yang paling basic, iaitu cara-cara nak buang background gambar tu. supaya lebih cantik atau nak buat ia jadi transparent. macam header saya tu. ok. mari kita start tutorial ni.
first, bukak photoshop korang tu. saya guna Ps CS3. 
#klik pada gambar tutorial utk besarkan.

Langkah 1 :
buka gambar yang korang nak buang background dia tu.



Langkah 2 :
apabila dah buka, right click pada gambar tadi dan klik pada "Duplicate Layer..."


Langkah 3 :
lepas tu, buang tanda mata pada salah satu gambar tersebut.


Langkah 4 :
pastikan korang klik pada gambar yang ada tanda mata tu. kemudian, pilih pemadam dan pilih la saiz yang sesuai untuk gambar korang tu.
tapi saya lebih gemar memilih "Magic Eraser Tool" sebab lebih cepat. pemadam yang biasa pun ok.


Langkah 5 :
sekarang, korang boleh la padam sume background dalam gambar tu. hati2 ketika padam. jangan sampai terpadam gambar tu pulak. padam background je. kalau korang tersalah padam gambar tu, korang bolah la guna "History Brush Tool" untuk kembalikan balik ape yang korang padam tu.

 

Langkah 6 :
ok. kalau dah siap padam sume background gambar tu, korang boleh la delete background yang korang buang tanda mata tu. right klik dan pilih "Delete Layer".  


Langkah 7 :
dah selesai semua. masa untuk save gamber tersebut pulak. klik "File" dan pilih "Save For Web & Devices".


Langkah 8 :
apabila dia kua macam ni, pilih "PNG-24" dan save la di mana2 yang korang suka. siap.


ok. itu sahaja langkah2 untuk buangkan background gambar. harap2 korang faham la semua langkah yang saya bagitau tu ye. 
nantikan lebih banyak tutorial dari saya seperti cara nak buat header yg cantik, nak buat banner.
#saya ni baru blaja guna photoshop, jadi saya ni bukan la pro sangat. ^^
share is care. ^^

Followers