Pisang Goreng Panas!!

Rabu, 15 Ogos 2012

We Have To Learn

Kali ni Nua nak kongsi satu lagi idea tentang realiti kehidupan kita sebagai manusia di mana kadang-kadang kita di atas kadang-kadang kita di bawah umpama roda yg berpusing.
Pernah kah kita cuba utk mengkaji tentang sifat dan perangai kita?
Adakah kita cukup tahu tentang diri kita yang sebenar? 
Masih adakah kekurangan dalam diri kita yang perlu dibaiki?
Pernah kita cuba untuk belajar untuk menjadi lebih baik dan lebih sempurna?

Kita perlu belajar bagaimana caranya untuk kita menjadi diri kita yang sebenar malah lebih baik lagi.
Justeru itu, Nua nak kongsi pendapat Nua sendiri tentang apa yg kita perlu belajar mengenai diri kita sendiri sebelum terlewat. :D

Kita perlu belajar menerima kenyataan

- Kita selalu mengeluh kalau dengar sesuatu yg kita tak suka kan? Kenapa perlu mengeluh? Sebenarnya org yang kuat mengeluh ni ialah orang yg mudah putus asa tau. Apa-apa jua yg berlaku dan terjadi pada diri kita ni semuanya ada hikmah disebaliknya. Ingat ni! Mungkin kita akan diuji dgn pelbagai masalah dan dugaan. Tapi ingatlah, suatu hari nanti kita akan dibalas dengan sesuatu yg sangat benilai. Terima sajalah apa yang berlaku kepada diri kita bagi perkara yang tak dapat nak dielak. Tapi, kalau selagi perkara tu boleh dielak, maka kita perlu la mencari jalan untuk selesaikan masalah tu ya. Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya


Kita perlu belajar menghargai seseorang
- Dalam kehidupan kita, memang selalu kita dapat bantuan atau penghargaan dari seseorang kan. Kadang-kadang sesuatu yg dilakukan tu sangat bernilai buat kita. Tapi pernahkah kita menghargai mereka yang telah berjasa kepada kita? Atau kita hanya buat tak kisah je. Kita tak boleh la macam tu, sebab seseorg tu telah bersusah payah untuk membantu kita. Mengorbankan sesuatu semata-mata untuk kita. 

Kita perlu belajar menjaga perasaan seseorang
- Ni lagi satu. Kita hidup berkawan ni mesti kadang-kadang tu ada buat silap kat kawan kita kan. Kita tak tahu kalau kawan kita tu ada terasa hati dengan kita sebab dia tak bagitau secara langsung kepada kita sebaliknya, diorang akan menunjukkan sikap yg lain daripada biasa. Contohnya, kawan kita yang terasa hati dengan kita tu mungkin akan kurang berbual dengan kita, mungkin dia akan meluahkan kepada orang lain tentang apa yang dia rasa terhadap kita. Jadi, kita mesti berhati-hati lebih-lebih lagi dari segi percakapan di mana kita kena la kawal perasaan kita. Jangan nak main cakap ikut sedap hati je kan. :D

Kita perlu belajar selesaikan masalah sendiri
- Kita ada masalah. Mesti nak kena cari kawan untuk selesaikan masalah tu kan. Tanpa kawan susah la. Cuba kita berfikir sejenak, kalau lah suatu hari nanti kita hidup bersendirian, tanpa orang di sekeliling kita, masalah datang bertubi-tubi dan masa ni kawan kita sedang sibuk uruskan hal masing-masing, jadi siapa yang perlu kita minta tolong kalau bukan diri kita sendiri. Jadi, kita kenalah pandai untuk cari jalan yang terbaik nak selesaikan masalah kita tu. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan. Seluruh kehidupan adalah satu ujian. Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh.  Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Kita perlu belajar melupakan seseorang
- Hidup ini tak sempurna kalau kita tak pernah sukakan seseorang. Nua sendiri pun pernah menyukai seseorg. Nua suka sangat kat dia sehinggakan jatuh ke tahap sayang. Tapi Nua dah berjaya lupakan dia. Sebab, dia memang tak sesuai untuk Nua. Masih ramai lagi Insan di luar sana yg sepadan dan layak untuk dia. Dia terlalu sempurna bagi Nua. Nua sedar diri Nua ni banyak kekurangan. Lama nua duk kaji tentang perangai dan sikap Nua yang sebenar dan bila semuanya Nua dan tahu, Nua ambil keputusan untuk lupakan dia. Ya, dia telah hilang dari hidup Nua. Apa yang penting, kita jangan terlalu mengharapkan seseorang yang langsung tidak menyayangi kita untuk menyayangi kita. Faham?

Kita perlu belajar berdikari
- Tolong jangan susahkan orang lain. Belajarlah untuk berdiri di atas kaki sendiri! Percayalah, dengan penuh keazaman dan hasrat serta semangat yang tinggi ditambah pula dengan kekuatan diri, kita pasti dapat berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada oang lain. Jika pada awalnya anda tidak berjaya, cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Kita perlu belajar tidak menyusahkan orang lain
Kita perlu belajar menyayangi seseorang
Kita perlu belajar menjadi lebih baik
Kita perlu belajar tidak melukakan hati seseorang
Kita perlu belajar meninggalkan kenangan yg tidak perlu
Kita perlu belajar tidak menyakitkan hati orang lain

Maaf! Nua tak dapat nak huraikan yang lain. Sebab masa mencemburui Nua! hak3. Nua harap korg sume faham la ye ape yg Nua nak sampaikan ni ye.
*Kata2 hikmah tu Nua copy je tau. :D 
Assalamualaikum ~ 

Selasa, 14 Ogos 2012

Pesanan untuk kita semua

Hai. Selamat berpuasa! :D
Macam mana dgn dugaan puasa hari ni? Mencabar tak?
Alaa, puasa cuma tinggal beberapa hari je lagi. Mesti ade yg sedih dan ade yg sebaliknya kan?
So, jom lah kita buat ibadat byk2 ye. ^^

Nua teruskan dgn entri kali ni. Kali ni Nua nk sentuh sikit pasal penggu na Facebook dan Twiter.
Korg mesti suka update status / tweet kan?
Dalam mase satu hari brape kali korg update status / tweet? Banyak kan?
Pernah ke korg fikir betul-betul dulu sebelum update status / tweet tu? ke maen update je. Entah ape yg ditulis pun tak tau. Hak3.
Nua nak pesan la sikit kat korg sume yg suka update status ni ye.
Nua dpt ilhan buat entri ni sebab ada kawan kita dah buat entri yg lebih kurang macam ni.
SINI

TAK semua benda kita perlu bagitau kat org lain. :D
update status bukan2.

cth, "saya rindu awak lah."
- bila org tnya rindu kat sape mule la trgedik2 nk sembunyikan spe. adoii.

cth, "jelesnye bila tgk dia berdua bersama."
- Bila org tnye sape, xnk bagitau. Ape kes. Yg gatal pegi update tu sape suruh.

cth, "saya tau saya tak comel *pic*."
- Ni saje nak suruh org puji dia paling comel dlm planet ni. hak3.

cth, "aku tengah sedih giler ni."
- Perlu ke kita bagitau kat org lain yg kita tgh sedih? Org akan cakap, "lantak kau la nak sedih pun, ade aku kesah". hak3.

cth, "klau kau tak puas hati, mari la face-to-face"
- ni status pasal tak puas hati kat seseorg. Kenape kena bgtau sume org yg kita tak puas hati dgn seseorg tu? Kan senang klau bgtau je terus sendiri kt org tuh. personal. hntar je la msg kt inbox diorg. tak payah la nk heboh satu planet kan.

cth, "kau tu dh la buruk, gemok pulak tu."
- Yg ni lg dahsyat, kutuk org dgn care update status. Ape la. Nak kutuk pn agak2 lah.

cth, "kau igt aku takut sgt ke kat kau."
- Wah! yg ni, kat facebook bukan main berani lagi. Tapi kat luar bila jumpa terus lari tak cukup tanah. hak3.

cth, "aku sayang sgt kat dia la."
- Perlu ke kita bgtau kt org laen kita suke kt seseorg tu? Bila org tnya sape mula la glabah xnk bgtau. Ape la.

Nua mengaku pernah update status mcm ni. Nua berjanji tak akan mengulanginya lagi. Ni nasihat je tau. Jgn ade yg terasa pulak. Manusia mudah lupa, so nasihat-menasihati tu perlu. :D

Khamis, 22 Mac 2012

Freebies : Set Cursor Kpop [NU'EST]

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiqE89g5B11kMCWEKkF9Nn__mg-OkAo-xAEMuB4KjFWEfGD23qO1sO44d-hRiQSxvm7dTq-xsno5eBQzBXBbJclzR0aZUPRc93ghvavhw898Si92lI7bPv8R9fvRcvXzc6icAw-XQTOmxy/s1600/nuest1.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjySTbt2V8g_lSKXd_a1ZI7M9cpiIn3dGfcp1-Ef4us4qdJQ8T77f2GOacGXBpod5bB0M4ZCPuoCUdP142wo2zpUtiGROL4HWwvLQSh3FsrMqgNspFO4iKtTV-ghiqfhv_p9ccoW00v2LCa/s1600/nuest2.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIgjAmgGFV0AA7_4V-FCQPymHuX7Jv8mAEkVLeDZQmejSBvwF5xmyHH4rRMNSRyQA3WCNtJBN3JFepBkTLh44YmRxpWeb5Zzt9wdYhYOc7ATauSGIsQm_3tatx44DKian45GhlSI7OFvkt/s1600/nuest3.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZ5duJ9hbSSuV72NS5LwlXFbxaLc53uagP-1ZSpNGKdbgX9zO3oiwV2iqMuSnm-owVdbZlLhgp7Ug_mqPDjXwOHnUZfDeMBTgSbLFO_KYqNMo-jgQEOFDFA-EJomEn8vM2IX4gmFJK0gpo/s1600/nuest4.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNZ2MdytXgX-uFYNLvA5_Np5bEyAQSqU3gmf2A8F-gVs_MGLvKHF32vqOxQOgPrrwCSQOmdNjh5toyg2HfdJ4X0Ptct5lJzbMCH4IuKg_PkMOvv2zcecuYuVCfK0bHXDOmfVFC5c3SWSKT/s1600/nuest5.png


tukar cursor di SINI

Freebies : Set Cursor Kpop [BTOB]

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9c-B1vWkXXVlfDNptr_FX-H2gq4kyqWCuG1H8XM6G411lEjYgNkvHt5HqtNNwgjI3fpl57JYACnUqi2_IuYoGMjUfgLQNHeZXkpdFupjZKYK7AIQDhe6CGYkr5ezlqpYqeWdCzC7N9o_f/s1600/btob1.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFqak9LtDcRHa1BZFohdPB-DgjXh5h76ueWHy4K9tqLdRQDHFNxSEVUEoODq5yLFYnlSy1IMSC6v4wCLk1uwcYipGVO9sVhD1Dmbikgfx07rZINAz92vj9DbXumnKSD0YhtZTXrYqUJtYl/s1600/btob2.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAdlO7v0XObwoljp_fHJkRrAm6tCbn2vSEhyphenhyphensEnM9HW0q48arowI-seCx9vMtLjnMsLe1BjqUzyPYu8K82gUxZsKzSzhzROxrUwWzEhG_JVclsSz8oEtyt4ZkTccXqzk96xaD1ZUM-PSk4/s1600/btob3.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhu_-OGCxw2upmHuqe-hyTm8hdMMzKzzkc_xEYe6Psja3r00CCVx-_9MqnjngMpnCq9PNwAAMXQ02TDOT2Yq1X_j48cBKhh6IGwHBcmu_uxz9QubK_RYVMAHx9A56a_eBgbvQl_tSJg9LTq/s1600/btob4.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglDqGqI8WegcDUOIWMbE8bj6s4yW0zcdtedTJ4uzfMV6K4N-uHL1bjikQ6qB-FcIvHm5rIXHXdhyNCoDr8Gwpnyrox-2LVgk8ZeOB9vM_gS-1z6rMHnwU0dyCtxF8WWjguNFffZIsXF6Ab/s1600/btob5.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlf9_aEjGHbEm-nMm23-PSMsX6T2yKnn4RREGVMMUzNznt8p6luz_PZMgtuD8w7FmtNyOAHdVHxEpesWxUz4_099vGvlzoHIZMFJ91y6c9q1t4E35HCj5PR6ix0vSA2T2smS7lMDqzrIsp/s1600/btob6.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnSeK-NLlJVGGi_ydBuriOxS2imob09JD-gO48cV4U6X-zKy9GG6TdPzXtnQ-nGFEhrfKB-qHh8zdypC6lrhqLrBRAGeCtbfXbHFw4zERj9idAT0P6jlC5XnZYObLcZkmHzb8buEurVMOn/s1600/btob7.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-lyUxQ0ZRBLdzU4qcMaHFVBqOzjLNp1t7JsEqpaQXyM6s6Yo9lqhfe4fjPNuI7gjBnEhYPjCufgGyP1zkiigD5sCAS6rGcAzdMp8_kl7w4G6630uf0bT9txaMwec1jrGF4ExcDLiXFFxQ/s1600/btob8.png
tukar cursor tuto di SINI

Rabu, 14 Mac 2012

Renungan : Sejarah Dajjal

Assalamualaikum semua.
hari ni Nua nk share kat semua umat Islam di luar sana tentang asal usul dan sejarah dajjal. kita sebagai umat Islam harus la tahu tentang benda ni semua. ini sebagai renungan untuk kita bersama supaya kita sentiasa beriman kepada Allah. 
jom baca entri yg Nua copy daripada sumber yg boleh dipercayai ni.


Sejarah Dajjal – Tahukah Anda tentang dajjal? Dalam cerita yang sering kita dengar, dajjal merupakn makhluk yang sangat besar dan dihari kiamat nanti dia akan turun ke bumi. Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yang kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun. Bagaimanakah sejerah asal usul dajjal? Berikut awalmula.com kutip sejarah dajjal serta salah satu khutbah rasulullah mengenai dajjal.
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.
Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.
KHUTBAH RASULULLAH PERIHAL DAJJAL
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.


Ahad, 12 Februari 2012

Tutorial Blog : Tukar Warna Fibox

annyeog!! helloooo chinguuu!!

lama sangat tak update!! wahh, rindu giler kat blog ni. dah berdedu pun. adoiii. exam punya hal. sampai tak sempat nak update si belog ni. haha. ape², harap² korg sume sihat jeee okeyy. haa

okok, ade kawan kita tanya kat fibox kat tepi tuh, macam mana nak tukar warna fibox.

meh sini nua ajarkan. senang jee. meh ikut step² nii.

- mula² log in ke fibox korg kat SINI


 - klik pada dashboard
- pastu klik lagi kat setting sebelah nama fibox korg tu
- klik pada tab Customize


- ha, kat situ la nak tukar warna² fibox korg
- kalau korg ade gambar background, boleh la letak link gambar tu kat Background Image URL
- klik sini kalau nk freebies background : SINI / SINI
- dan Save
- kemudian klik lagi kat tab Overview
- copy code fibox korg dan paste kan kat Design > Page Elements > Add Gadget > HTML/JavaScript
- * kalau korg dah ade code fibox kat blog korg, tak payah la copy code yg baru tu. sebab dia akan automatik bertukar kat blog korg lepas korg Save kat Customize tadi ye. ^^
- Save la.

harap² korg faham la ape yg nua membebel ni ye. hehe. ade masalah, bagitau ye! ^^
nanti nua buat tuto cara nak tukat Smiley kat fibox pulak okeyyy. ^^
babaiiii.

Selasa, 7 Februari 2012

Tutorial Blog : Menu Keluar dari Atas

annyeong!!

what??! tuto yg ke 3 ?? laju nya. macam copycat pulak dah. haha. bukan ye. Nua bukan copycat.

lupa pulak. hari tu ada kawan kita tanya kat chatbox macam mana nak buat menu keluar dari atas. macam yang butang tutorial nua ni. cuba la tekan. ajaib tak ajaib.

okok, memandangkan dah tengah malam, Nua pun dah tak de idea sangat ni nak membebel. kita teruskan je dengan tuto kita okeyyyy.

mula²  pegi ke Design > Page Elements > Add a Gadget > HTML/JavaScript
kemudian paste code ni


<div class='widget-content'>
<style type="text/css">
#at{
position:fixed;
right:500px;
z-index:+1000;
}
* html #at{position:relative;}
.attab{
height:100px;
width:30px;
float:left;
cursor:pointer;
background:url();
}
.atcontent{
float:left;
opacity:0.9;
border: 1px dashed #666699;
border-radius:13px;
background:url() #BBBBFF repeat-x bottom center scroll ;
-moz-box-shadow: 0 0 17px #666699;
-webkit-box-shadow: 0 0 17px #666699;
padding:10px;
}
</style>

<script type="text/javascript">
function showHideAT(){
var at = document.getElementById("at");
var w = at.offsetWidth;
at.opened ? moveAT(0, -200-w) : moveAT(20-w, 0);
at.opened = !at.opened;
}
function moveAT(x0, xf){
var at = document.getElementById("at");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 25 ? 35 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
at.style.top = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveAT("+x+", "+xf+")", 10);}
}
</script>
<div id="at">
<div class="attab" onclick="showHideAT()"> </div>
<div class="atcontent">
<div align="left">
<div style="background:url(http://img804.imageshack.us/img804/9967/16797812.png) repeat;">



<div style="width: 280px; height: 330px; overflow: auto;">

<b>TAJUK</b>
<br />
► <a href="LINK ENTRI">TAJUK ENTRI</a><br />

</div>
</div>

<br />
<div align="right"><a href="javascript:void(0);" onclick="showHideAT()"><img border="0" src="http://img51.imageshack.us/img51/2552/tutup.png" alt="close" title="tutup" /></a></div>
<br /><div align="right"><font size="3"><a href="URL BLOG"><div style="color: #FF0000;">
<span ></span></div></a></font></div>

<script type="text/javascript">
var at = document.getElementById("at");
at.style.top = (-200-at.offsetWidth).toString() + "px";
</script></div></div>

<div style='display:scroll; position:fixed; top:190px; right:3px;'>
<a href="javascript:void(0);"onclick="showHideAT()"/><img class="expando" src="http://img806.imageshack.us/img806/2551/lalalaq.png" alt="tr" title="klik untuk tutorial"/></a></div></div></div>


korg tukar la ape yang patut ditukar okey.
code warna : SINI
yang Nua bold kan tu, korg boleh la tukar dengan cara korg sendiri okey??? kalau ade masalah bagitau kat komen tau. ^^

Isnin, 6 Februari 2012

Tutorial Blog : Tukar Icon Blog Archive

annyeong!!

tuto yang ke 2 untuk hari ini.

ni tuto tukar icon kat sebelah tajuk² entri di kotak archive/history
kalau yang biasa, icon dia macam ni " ► "
kalau rasa tak suka yang tu, boleh tukar dengan icon² yang lebih cute & korg suka. ^^

cara² nya :-
- pergi ke Design > Edit HTML
- tanda pada Expand Widget Templates
- cari code ni [tekan Ctrl + F]

<li><a expr:href='data:i.url'><data:i.title/></a></li>

- bila dah jumpa, tambah code ni sebelah kiri code tadi.

<img src='URL GAMBAR'/>
contoh macam ni


nak icon yang cute miut? klik SINI
lepas buka website tuh, right click pada  icon yang korg nak dan klik Copy Image Location atau yang sewaktu dengannya. ^^
Preview dulu baru save.
bimbang kalau tak jadi. ^O^
harap tuto ni membantu korg ye. ^^

Tutorial Blog : Tambah Google Translate Pada Blog

annyeong!!

kali ni nua nak bagi tuto untuk letak " Google Translate " pada blog anda semua. cara dia sangat senang & mudah.


fungsi Google Translate ni nak menterjemahkan entri korang kedalam bahasa lain. kalau la ada orang luar negara lawat blog kita.

cara² nya, mula² pegi ke Design > Page Elements
kemudian klik Add a Gadget
pilih HTML/JavaScript
lepas tu, paste code kat bawah ni

<script src="http://www.gmodules.com/ig/ifr?url=http://www.google.com/ig/modules/translatemypage.xml&up_source_language=en&w=160&h=60&title=&border=&output=js"></script>

last sekali, save. ^^

Ahad, 29 Januari 2012

Tutorial Blog : Tukar Ayat Komen

annyeong & hello !

hari ni nua kembali dgn tuto belog yg simple.

tadi nua blogwalking kat blog Kak Lyssa , pastu terbace kat chatbox ade org request tuto nak tukar ayat komen. contoh macam kat blog nua nih. " 000 doakan nua cemerlang SPM "

cara dia senang je.

ok, ni step2 dia.
- Design > Page Elements




















- kemudian klik edit yg nua bulatkan tuh.
- lepas tu dia akan kua macam ni ha

-



















- edit lah ayat koemen yg macam mane korg nak kat yg nua bulatkan tuh
- jangan lupa tanda kat tepi tuh
- last, save. ^O^

Sabtu, 21 Januari 2012

Tutorial Blog : Tukar Warna Highlight Ver. 3

annyeong !!!!!

hari sabtu yg memenatkan. baru je kemas2 umah yg bersepah2 ni. sbb next week wedding kakak nua. hihi. jemput2 la datang umah ye. yg kenal je la

okokok, korg dh try belom buat internet free kat HP tu?? dah menjadi?? tak??

hmm, nnt la nua bg tuto internet free yg lain ye.

kali ni nak bg tuto belog dulu. korg try la highlight mane2 entri nua. cun kan?? ni nua adaptasi dari tuto sebelum ni. klik SINI

alaa, yg efek macam shadow tu. dulu nua penah buat tuto utk tukar highlight jadi shadow kan?? yg ni pun lebih kurang macam yg tu jugak, tapi yg ni lebih cun la. haha

meh ikut step2 ni.
- Design > Edit HTML
- cari code ni [tekan F3] : body {
- lepas tu, copy paste code ni ATAS code tadi
::-moz-selection {
color:#666699;
text-shadow: 2px 2px 4px #666699;
text-shadow: 0 0 0.5em #666699, 0 0 0.5em #666699;
}
::selection {
color:#666699;
text-shadow: 2px 2px 4px #666699;
text-shadow: 0 0 0.6em #666699, 0 0 0.6em #666699;
}
bagi yg dah ade code tukar warna highlight, GANTI code korg tu ngn code kat atas tu ye !


- contoh macam kat atas ni
- nak tukar warna klik SINI
- Preview dan Save

#code ni cuma menjadi kat Google Chrome shj. ^O^

Jumaat, 20 Januari 2012

Tutorial Blog : Kesan Khas pada Link [Hover]

heyyy.
nua kembali dgn tuto !
lepas share pasal tenet free tu, terus rase nak buat tuto nih,
okokokokok

ni tuto utk kesan khas kat link blog korang bila dikenakan mouse [hover]

contoh macam kat blog nua ni. cun kan?

ok, ni step nya.
- Design > Edit HTML
- cari code ni [tekan F3] : a:hover {
- paste code kat bawah lepas code tadi

color:#666699;
text-shadow: 2px 2px 4px #666699;
text-shadow: 0 0 0.6em #666699, 0 0 0.6em #666699;
- kemudian Preview dulu.
- klau dah jadi Save je.
- contoh macam ni ye.


yg di boldkan tu adalah code warna. nk code warna? klik SINI 

Internet PERCUMA Maxis di Handphone Trick 2012 Latest

ok. ni trick untuk Maxis pulak.

sgt3 senang.
- boleh lepas kat sume jenis HP
- Maxis SAHAJA
- kredit expired / RM0.00
- dah buat setting internet
- pegi kat Menu
- pilih Web / Internet [yg gamba bumi tuh]
- isi link ni : http://maxis.mobby.me.flyproxy.com
- tekan Go
- kat flyproxy tu mcm biase la, letak link ape yg korg nak. pasti Go

link tu boleh ganti dgn link2 ni. sume kompem boleh tembus :
> http://58.71.130.95.free99proxy.com
> http://m.upnshare.com.my.xthru.com

ape yg penting, pasti kan kredit korg expired / RM0.00
dan JANGAN pakai Opera Mini atau yg sewaktu dgnnya okeyyy!
^O^
share is care !

Internet PERCUMA Celcom di Handphone Trick 2012 Latest

heyyyyooo!
internet PERCUMA? ape tuu?
bleh on9 FB kat nset secara percuma ke?? iyee, betol tu. bleh online puas2 kat nset tau. tak payah nak bukak laptop klau nak online kan?

biasenye, nua TAK share pasal internet free ni sbb takut Celcom dpt tau. nnt dah tak boleh pakai la. nua dah lame maen tenet FREE kat nset ni. dari form 2 lagi. ni dah masuk tahun ke 4 nua duk berinternet FREE kat HP. hahahaha.

tapi hari ni rasa nak share pulak kat korg sume. tapi trick ni ade kelemahan jugak. sbb trick ni boleh pakai klau kredit korang dah expired atau dah RM0.00 . semu benda ade kelemahan nye kan.

ok, kali ni nua nk share yg Celcom dulu. sbb ramai yg kwn2 nua yg pakai celcom kan. trick maxis nanti akan datang okeyyy. haha.

trick ni boleh buat kat HP Sony Ericsson je. Nokia pun boleh, tapi susah sgt3 nk explain cara2 dia. yg Sony ni pun agak susah bagi yg kurang pandai bab2 henset ni. kena la explore lagi henset korg tuh ye.

okey, ni step2 dia.
- pastikan kredit korg expired / RM0.00
- buat setting intenet kat HP korg [biasanye dah ade] > boleh skip step ni
- Sony Ericsson SAHAJA
- pergi ke Menu & pilih Settings
- kat Setting, pilih tab Connectivity
- klik kat Internet settings 
- kemudian pilih Internet profiles
- kat situ ade byk list profile internet kan
- pilih Celcom 3G WAP
- klik More kat profile tu tadi
- pilih Settings
- kat Use proxy tu, korang buat Yes
- kat Proxy address korg letak flyproxy.com
- Port number : 80
- kemudian Save
- balik ke Menu, pilih Internet. yg gamba bumi tu.
- kemudian, tekan More > Go to > Enter eddress
- lepas tu, isi link ni : http://mms.celcom.net.my.flyproxy.com
- kemudian OK/Go to
- lepas tu kompem boleh tembus kan?
- bila dah keluar laman flyproxy tu, korang isi je website ape korg nak kat situ ye. pastu tekan Go.
- dah boleh kan??
- maknenye, trick ni dah jadi la tu. hahaha

nua pakai Sony Ericsson K550i
klau Sony lain nua tak reti sbb tak tau nak settingkan. hahaha
yang penting! pastikan kredit korg expired / RM0.00 dulu tau
klau tak, tak pasal2 kredit korg kena telan di Celcom tuh.
JANGAN pakai Opera Mini atau yg sewaktu dgnnya. sbb trick ni boleh tembus ngn browser HP korg je!

pening tgk byk sgt step dia kan??
ni simple je. ade lagi yg komplikated tau.
lepas ni nua post yg Maxis pulak. step yg paling simple. trick flyproxy jugak.

Apa tu SOPA ?

SOPA

korg pernah dgr pekataan tu? nua baru je dgr dari kwn nua tadi. ni kiranya new vocab la.
ape tu SOPA? ok, SOPA tu ringkasan utk Stop Online Piracy Act.
banda ni ala2 SKMM jugak la.
tak tau SKMM? tanya Google ya. tugas dia ni tukang block website2 mcm tempat nak download movie,lagu dan sewaktu dgnnya. diorg akan sekat segala aktiviti cetak rompak kat internet! fuuhh, seram bunyinye.

so maknanya skrang kita dah tak ade kebebasan nak berinternet la ! mmg kecewa + sakit hati la bagi penggemar internet ni kan. dah sia2 kita bayar bil bulan2 tapi tak bebas nak berinternet. baik takpayah bayar. ape la. tu pun nak jadikan isu ke. biase la cetak rompak ni. nak cari rezeki. hehehe. dah klau tak bleh nak dload lagi, tak kan nak beli CD kot. duit wehh, mcm la kita ni byk duit sgt. lain la anak org kaya2 tu. bleh la diorg.

SOPA ni asal dari US. dan ramai yg bantah SOPA ni. contohnye Google, Wikipedia, Facebook dan lain2. mmg tak patut la SOPA ni ditubuhkan. menyusahkan! >O<
ok, skrang sume dah tahu kan ape tu SOPA?

klau nak tau lebih lanjut lagi pasal SOPA ni, mcm biase, sila ask encik Google atau tanye isteri beliau, Yahoo! .

Khamis, 5 Januari 2012

Tutorial Internet : Cara Unblock Website di Sekolah

haiii !

ni entri yg ke 2 ari ni. nak kasi tuto pasal internet sikit.

bagi korg yg suka online kat skolah, korg mesti tau ade banyak website yg kena block oleh kerajaan kan? macam youtube.

tadi, nua masuk lam makmal. nak buat keje akaun. tapi tak buat pun. haha. tgk org lain je buat. tak reti laaaa.

pastu online jap. kawan nua nak try bukak toutube. bukak2, padahal website tu kena block di kerajaan. haha.

pastu kawan baru nua dari Itali tu. bagitau kitorg yg kat Itali dia pakai tektik ni untuk unblock website yg kena block kat skolah. eh! lupa nak kasi tau nama dia, hihi. nama dia Silvia. betol ke tak la nua eja tu.

okey, cara tu senang je. sangat2 senang. nenek kita pun boleh buat laa. haha

meh nua aja k.

- mula2. bukak browser korg.
- pastu tambah " https:// " sebelum alamat website yg kena block tu.
- tekan enter.
- dah boleh bukak kan??
- dah berjaya la tu.
*tgk gamba kat bawah ni ye klau tak paham.




#sori. tak de idea nak menaip. kepala rase macam nak meletup je.


Ahad, 1 Januari 2012

Tutorial Blog : Disable View Source[Ctrl + U]

tutor ke 2 ari ni.

sblom tu. mesti ade yang tak tau ape tu " view source ". ha ! tu la cara kita nak dapatkan full code blog. tak kira la blog sape2 pun. sume boleh. selagi dia tak disable function view source.

baca entri nua ni dulu > KLIK

nak try? senang je. pegi kat blog sape2 atau blog korang sendrir, pastu tekan " Ctrl + U " kat keyboard korang. ha ! mesti kua kan code blog tu. A sampai Z pulak tu !! ni la kerja copycat ! copy copy copy tanpa izin ! huis.

dah tau ape tu " view source " kan? bahaya tak? mesti la bahaya. code kita terdedah kat org lain. mudah nak copy.

okeyy. skrang  ni meh nua ajar cara nak disable function " view source "

mula2 pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML
kemudian, cari <body>
tekan F3 / Ctrl + F untuk senang nak cari
bila dah jumpa, GANTI code tu ngn code ni
<body onkeydown='return false;'>



lepas tu save.
try pegi kat blog korg pastu tekan Ctrl + U. mesti tak boleh kan? klau tak boleh tu maknanya dah jadi la code tu !! yeyeyyyy! code blog kita dah selamat daripada copycat !!

klau tak jadi, bagitau ye. nua akan usaha tolong korg. ^^

Tutorial Blog : Satu Page Satu Entri

heyy ! slamat tahun baru !
ari ni first day 2012. dah nak buat tutor. haha. tak pe laaaaa.

tadi kawan nua ade tanye, macam mane nak buat satu page satu entri. alaaa, macam blog nua ni. klau buat cara ni, blog kita akan lebih cepat loading. lagi syokk org nak blogwalking kat blog kita kan.

senang je nak buat benda ni. tak perlu code2 pun. cuma perlu pegi kat setting je.

okey. ni langkah2 yg perlu dibuat.

- pergi ke dashdoard dan klik " Settings "
- kat tab Settings tu, korang klik kat " Formatting "
- lepas tu, korang ade nampak " Show at Most " kan ?
- okey, sekarang set kan kat situ 1 post on the main page.
- akhir skali, save ! siap !



senang kan ? ^^

Followers